top of page

Komunikasi Warisan

Program ini memberikan pengetahuan, pemahaman, dan kesedaran kepada masyarakat khususnya generasi muda bagi menghargai dan mencintai seni warisan, melestari khazanah warisan sebagai produk ilmu dengan mengetengahkan kearifan tempatan melalui komunikasi lisan dan bertulis.  Program ini akan mendedahkan peserta kepada pelbagai korpus ilmu dalam peradaban dan ketamadunan warisan Melayu seperti kesenian, persuratan, persenjataan, pelayaran dan pertukangan.

Peserta dapat :

  1. Mengenal pasti seni warisan dalam budaya masyarakat yang kaya dengan khazanah keilmuan  dan ketinggian nilai untuk terus dilestarikan

  2. Meningkatkan tahap pengetahuan dan pemahaman terhadap ketinggian ilmu serta kearifan tempatan masyarakat yang tercermin melalui khazanah warisan bangsa yang dikenal pasti.

  3. Menyemai semangat cinta akan seni warisan dan menghargai warisan bangsa sebagai produk ilmu yang untuk dikomunikasikan secara lisan dan tulisan.

Maklumat lanjut:

Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud

03-8946 8662

arbaie@upm.edu.my

Penyelaras : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

bottom of page