top of page

Eksplorasi Dunia Sains (EDS 1)

EDS 1 merupakan program motivasi sains siri pertama (1) yang dilaksanakan secara santai, merangkumi aspek perkongsian pengalaman sains, demonstrasi sains, sukaneka sains serta membuat projek sains mudah secara berkumpulan. Aktiviti 3 hari 2 malam ini, mendedahkan peserta dengan persekitaran alam semulajadi, yang akhirnya dikaitkan dengan kehidupan seharian. Peserta akan melakukan pelbagai aktiviti menarik termasuklah aktiviti perkhemahan, mencari khazanah alam, eksplorasi harta sains dan sukaneka air.  Aktiviti-aktiviti tersebut dapat memberi pendekatan kepada peserta dalam usaha membentuk saintis masa depan. Penerapan elemen-elemen kemahiran insaniah bagi pemantapan sahsiah peserta turut diimplemen menerusi aktiviti yang disusun.

Peserta dapat :

  1. Menghubungkait sains dengan pengalaman kehidupan seharian.

  2. Meneroka kepentingan sains dan teknologi, serta kaitan dengan dunia kerjaya masa hadapan.

  3. Meningkat dan memupuk sikap kerjasama menambah semangat kerja berkumpulan dalam satu pasukan.

Maklumat lanjut:

Prof. Dr. Amin Ismail

03-8947 2604

amin@upm.edu.my

 

Prof. Madya Dr. Kulanthayan KC Mani

03-8947 2398

kulan@upm.edu.my

Prof. Dr. Habshah Midi

03-8946 6606

habshah@upm.edu.my

Penyelaras : Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan / Fakulti Sains

© 2016 by CoSComm
Proudly created with Wix.com

Hubungi Kami:

Sekretariat Jawatankuasa Sekolah Kluster

Pejabat Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

Tel: +6038946 8115/8550

Faks: +6038948 0119

Pejabat Strategi Korporat Dan Komunikasi

Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran

Universiti Putra Malaysia

Tel: +603-8946 6185/6003

Faks: +603-8946 8972

bottom of page