top of page

Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama negara. Kepelbagaian jenis dan keperluan sekolah dalam sistem pendidikan memerlukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang berbeza. Untuk tujuan tersebut, kecemerlangan SKK perlu dipertingkatkan melalui penjanaan kluster kecemerlangan berasakan bidang kebitaraan atau niche area setiap sekolah.

Dengan keterbatasan kemudahan dan kepakaran Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK), hasrat untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan berdaya saing sehingga ke peringkat global sukar dicapai. Pemuafakatan dan jalinan bersama pihak luar seperti Universiti Awam (UA) amat diperlukan bagi membantu menjayakan hasrat dan aspirasi tersebut.

 

KPM amat komited dalam usaha melonjakkan SKK ke tahap yang lebih tinggi. Pendekatan yang bersepadu perlu dilakukan antara SKK bersama UA untuk membantu menjayakan usaha ini. Sehubungan dengan itu, satu terma rujukan perlu diwujudkan bagi menyelaras pelaksanaan program pemuafakatan antara SKK dan UA.

bottom of page